My Blog .. Daisuki

Blog ini akan merupakan blog memperkenalkan bahasa Jepun menggunakan gambar dan video-video,lagu dan juga Digital Storytelling.



Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun.

Bahasa Melayu secara umumnya diakui tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia; manakala pengelasan keluarga bahasa bagi Bahasa Jepun masih dalam pertikaian dan sering digolongkan dalam rumpun bahasa Altaik atau sebagai bahasa pencilan. Namun demikian, terdapat hubung kait antara bahasa Melayu dengan budayanegara dan bahasa Jepun, hal ini dapat ditentukan berdasarkan beberapa fakta menarik yang ditemukan.







aitan antara bahasa Jepun dan bahasa Melayu telah dianggap sebagai sebuah kes yang menarik minat banyak pakar linguistik. Ada yang mengelompokkan bahasa Jepun dalam rumpun bahasa Austronesia berdasarkan beberapa kata-kata dan fonologi bahasa Jepun itu sendiri. Namun kebanyakan yang lain berpendapat bahasa Jepun (dan Korea) tergolong dalam rumpun Bahasa-bahasa Altaik kerana mirip dengan bahasa Mongol dan Bahasa Turki, namun perlu dimaklumkan yang rumpun Altai juga masih dipertikaikan.

Persamaan kosa kata

Beberapa kata daripada bahasa Jepun menyerupai kosa kata rumpun bahasa Austronesia:
Bahasa JepunMaksud (Huraian)
hi (火)api (daripada *hapuy Proto-Melayu-Polinesia, daripada *Sapuy Proto-Austronesia)
ki (木)kayu (daripada Proto-Austronesia: *kahiw)
nomu (飲む)minum (daripada Proto-Melayu-Polynesia: *inumia)
suki (好き)suka
anata (あなた)anda
kimi (君)kamu (daripada Proto-Austronesia: *kamu)
namaé (名前)nama
ano (あの)anu (itu)
sono (その)sana/itu
Sono merupakan Bahasa Jawa dari sana atau itu.

Persamaan tatabahasa

Selain kosa kata, terdapat juga persamaan tatabahasa diantara Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun, contohnya
  • Dalam bahasa Jepun, ka (か) digunakan pada akhir ayat bagi menandakan pertanyaan, ini menyerupai pengunaan kah dalam bahasa Melayu.
  • Beberapa perkataan dalam bahasa Jepun boleh dijamakan dengan menggandakan perkataan tersebut, sebagai contoh ware (我) yang bererti saya, boleh dijamakan menjadi ware-ware (我々) yang beerti kami, hito yang bermaksud orang dijamakan sebagai hito-bito yang bererti setiap orang atau manusia. Kaedah pebentukan kata jamak sedemikian sangat menyerupai kaedah pebentukan kata jamak dalam bahasa Melayu (contoh buah = buah-buahan, buku = buku-buku)




0 comments:

Post a Comment